
1. Tidak lengkap hari ini kalau saya tidak menghantar post mengenai berita paling panas semalam yang mula popular pada dada akhbar pada pagi ini.Berita itu sudah tentulah mengenai tuduhan sodomi ANWAR IBRAHIM yang telah dibuat di salah satu balai polis di KL.
2. Tujuan saya menulis bukanlah untuk menunjukkan siapa yang betul….siapa yang salah.Apa salahnya kita berfikir sejenak apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1997-1998 dan 2008-20xx..Saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak bias but im just a human…Sudah tentu pihak yang terlibat adalah :
- 1st Season : Tun Dr Mahathir Muhammad VS Anwar Ibrahim
- 2nd Season : XXX VS Anwar Ibrahim
3. Bagi 1st Season, Ini telah menyebabkan beberapa peristiwa penting berlaku.Antaranya tercetusnya gerakan reformasi,proses mahkamah yang merupakan antara yang paling panjang di Malaysia (still kalah dengan kes altantunya) dan golongan yang menyokong Anwar Ibrahim meninggalkan UMNO dan komponen-komponen BN yang lain serta menubuhkan Parti Perikatan.
4. Dalam peristiwa ini kita boleh lihat dari tiga perspektif:
- Golongan yang percaya Anwar Ibrahim itu memang melakukan sodomi,patut dijatuhkan hukuman dan terus menyokong Tun Dr Mahathir Muhammad
Golongan ini memang percaya akan kepimpinan TDM.Ini mungkin disebabkan proses revolusi ekonomi yang amat mantap di Malaysia dari awal 90-an hingga hujung 90-an.Golongan ini amat bangga dengan TDM kerana kemampuan beliau mencorakkan Malaysia ke peta dunia (paling hebat ketika krisis kewangan 1997 di mana caranya dikritik hebat IMF,USA dan Al Gore x salah saya pada sidang ASEAN kerana tidak meminta bantuan daripada IMF) dan kelantangan beliau berhujah menentang Israel serta berjuang untuk negara-negara dunia ketiga dan membangun hingga diberi pujian dari negara-negara arab dan Cuba.Golongan percaya Anwar Ibrahim patut meletakkan jawatan dan dijatuhkan hukuman kerana melakukan sodomi kerana beliau akan mengganggu kerajaan.
Tun Dr MAhathir aka Che Det di dalam program hardtalk
- Golongan tetap teguh menyokong Anwar Ibrahim dan mendakwa TDM mahu menjatuhkannya kerana beliau merupakan ancaman kepada TDM
Golongan ini kebanyakkannya telah masuk parti Keadilan yang misi utamanya dahulu untuk mengeluarkan Anwar Ibrahim daripada penjara.Golongan ini percaya AI tidak bersalah sama sekali dan amat mengagumi pencapaian Anwar ketika menjadi menteri Pelajaran,Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.Mereka menuduh TDM telah mengawal polis,institusi kehakiman dan media bagi menjatuhkan beliau.
Konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim
Pengakuan Sukma aka adik angkat Anwar Ibrahim
- Golongan yang lebih bijak daripada kedua-dua golongan di atas - percaya TDM menggunakan kuasanya bagi menjatuhkan AI kerana AI telah melakukan kesalahan serius.Golongan ini percaya tuduhan sodomi ini adalah bagi menjaga nama dan suasana negara dan kerajaan di atas kesalahan AI yang amat serius dan lebih berat daripada sodomi.
Golongan ini percaya teknik ini mungkin digunakan kerana mereka berpendapat adalah tidak logik bagi seseorang dijatuhkan daripada kerajaan kerana tuduhan sodomi.Pasti agak memalukan.Teknik ini sering digunakan oleh kerajaan-kerajaan di dunia bagi menjatuhkan seseorang yang aktif dalam politik.Contohnya, di USA - adalah biasa for political figures didakwa di atas kesalahan Tax Evasion (penipuan dalam membayar cukai).Satu tokoh yang kita mungkin pernah dengar ialah Gen. Pinochet dari Peru.Beliau telah didakwa di atas kesalahan tax evasion dengan menyorokkan sebanyak $8mil yang dibantu oleh Washington-based Riggs bank- yang saya rasa agak rendah…Cuba anda fikir mengapa dan tidak adakah syarikat yang melakukan kesalahan yang lebih banyak daripada itu di sebuah negara yang besar itu? Bagi saya - PASTI AMAT BANYAK. Tidak hairanlah pemerhati politikhanyalah untuk menjatuhkan Pinochet menyatakan tuduhan itu yang merupakan diktator selama 17 tahun.Cuma di Malaysia caranya agak menarik…mungkin kerana Lembaga Hasil Dalam Negara pada waktu itu tidak begitu efficient (n_n) pada waktu itu.Jadi tuduhan sodomi adalah yang terbaik.
Pandangan ini disokong oleh situasi politik pada waktu itu i.e. ketika zaman kegawatan ekonomi.Terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan AI telah berkomplot dengan USA (saya pernah terbaca dalam satu buku yang beliau pernah mengadakan pertemuan sulit dengan pengunjung dari USA di Johor) dan Israel yang disokong oleh peristiwa di mana AI begitu menginginkan Malaysia menggunakan IMF dan disokong Al Gore pada sidang ASEAN.Jadi golongan ini percaya yang TDM ingin menjatuhkan AI demi menjaga maruah negara dan mengelakkan negara dari musnah akibat perbuatan-perbuatan AI.Ini turut disokong dengan kenyataan dari anak TDM,Mukriz yang menyatakan penglibatan dan aktiviti-aktiviti AI selepas pembebasannya daripada penjara dengan organisasi-organisasi yang diragui penubuhannya.
Klik pada gambar untuk ke laman web gambar di bawah…
So,anda adalah golongan yang mana? Pertama,kedua atau ketiga? Think 1st before making any decision.Leave back all your sentiments. Fikrlah dengan rasioanal. Saya ada pendapat saya sendiri.
Dont be like a herd of cows..only few cows that lead the herd know whut is going on.Unfortunately,cows which are in the middle and even worse at the back will only follow the front cows wittour knowing where are they going and where are they heading through…
ANDA PULA BAGAIMANA ?
Be positive…Leave back all the negative side that we can see among us and others.U’ll have a better life. (n_n)
Season 2 of Epic of Anwar Ibrahim (xxx VS Anwar Ibrahim) will be continued….

14 responses so far ↓
berus jamban // June 30, 2008 at 2:06 am
politik itu sangat kotor………
gunakanlah berusjamban yang bersih dan betul…
hullabaloobard // June 30, 2008 at 2:31 am
aku sokong muzzer aka berus jamban…..
kenapa nak mempolitikkan agama,why no mengamakan politik…..
berus jamban // June 30, 2008 at 11:10 pm
tak kisah la sape-sape pun, politik yang dimainkan itu akan kotor gak……………..
sape yg berada di atas akan tetap berada di atas….
Indahnya blog…. « I see world the way it is… // July 1, 2008 at 3:51 am
[...] Mungkin disesabkan kisah Epic of Anwar Ibrahim yang saya postkan semalam.Kata kes panas,mestilah banyak [...]
md // July 1, 2008 at 9:48 am
sebenarnya dalam kes tdm dan dsai ni bagi saya dua-dua pun ada alasan yang logik.
pertama kenapa tdm tidak mahu meminjam daripada imf? pada pandangan saya, dalam keadaan yang gawat pada tahun tersebut jika kita pinjam wang yang banyak dikhuatiri kita tidak mampu bayar balik. ini kerana keadaan rasuah yang sangat hebat, tdm yakin tidak berupaya, takut duit itu akan disalah gunakan kelak dan malaysia yang akan tergadai maruah.
kedua, kenapa dsai ingin pinjam dengan imf? dia yakin dengan keupayaannya untuk mentadbir duit tersebut, kerana dia menteri kewangan pada ketika itu dan orang yang sangat serius membanteras rasuah. dia tahu kemana duit itu hendak digunakan jika ia masih menteri kewangan selepas itu.
kesimpulannya, lihatlah beberapa negara lain yang pinjam dengan imf lebih cepat kesan pemulihan ekonominya jika ia diuruskan dengan baik dan sebaliknya. Jika kita seorang yang bijak dalam pentadbiran, lebih baik kita gunakan wang itu untuk menjana pembangunan negara yang akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada rakyat dan negara. tetapi kalau kita tidak yakin dengan keupayaan kita untuk menguruskan wang itu maka adalah lebih baik kita tak payah pinjam. kita tak juga rugi banyak malah kita dapat menyelamatkan maruah rakyat dan negara. bagi saya keduanya betul tapi siapa yang berkuasa pada ketika itu adalah pemenangnya.
sahrulomar // July 1, 2008 at 11:30 am
ermmm…pada aku politik tu xkotor…orang yang kata politik kotor tu adalah orang yang xpaham politik…yang kotor bukan politik tapi manusia…lau politik tu kotor Nabi S.A.W xkan mengajar kita berpolitik…tanpa politik xkan ada pemimpin…befikir la dalam2 sbelum becakap..jadi melayu yang bijak…
pasal kes anuar..pada 1998 aku baru darjah 6….tapi aku masih ingat lagi n aku kenal sangan siapa anuar ni.ini kerana aku selalu ikut ayah aku bepolitik..pada aku sodomi bukan la sebab utama dia dipecat..tapi banda ni yang dipopularkan dan dipandang oleh masyarakat kita pada tempat yang tinggi…sebabnye???owg melayu memang pantang dengar benda pelik2….anuar ni banyak lakukan kesilapan yang disengajakan dengan melakukan perkara2 yang terang2 mahu menjadi sekutu amerika dan dia mahu kita jadi seperti singapura…lau xsilap aku dia juga la owg yang paling banyak bagi rasuah dia la bapak kepada rasuah…tanya la ketua2 pemuda umno pada zaman dia bape banyak dorang dapat..(ni bukan aku kata tapi owg2 yang telibat yang cakap)..ermmm k la pape pun pada aku anuar ni memang salah dan kesalahan dia tu amat besar pada negara,bangsa dan agama…
sweet_sour // July 1, 2008 at 12:23 pm
saya golongan yang ke 3 yang bersetuju bahawa AI ada komplot dengan USA dengan proses peminjaman IMF..
saper kater negara yang meminjam dengan IMF cepat proses pemulihan.. bagi cth dan bkti..? kita tgk sahaja bagaimana indonesia n filipina yang membuat pinjaman dengan IMF yang akhirnya hingga kini terbeban dengan masalah hutang yang tak pernah selesai..
bahkan kejayaan formula ekonomi yang dijalankan oleh dr M diakui keberkesanannya dan selepas itu AI dengan muka tak tahu malunya mengaku itu adalah idea darinya sendiri..
DR M suka buat tindakan tdk popular tp akhirnya negra kita maju.. tp sayang ramai tak sedar
dalam hal ini ader beberapa oerkara yg harus dijelaskan oleh anuar..
apa kaitannya dengan USA n yahudi.. tahkah anda anuar pemimpin yg sgt disenangi yahdi dan DR m adalah pemimpin yang sangat dibenci kerana lantang mengkritik tindakan yahudi..
knp pemimpin amerika antara yg terawal mengucapkan tahniah kepada anwar tatkala keluarnya anuar dari penjara…
apa maknanya anuar meminta perlindungan dari turki yg kita tahu turki adalah negara pro amerika..
mikel // July 1, 2008 at 3:28 pm
semua comment dlm blog ni penipu jer…korg smbyg pn cukup ker 5 kli sehari..ilmu pn kosong tp nk ckp psl politik n agama…pirah…….blogger ni pn penipu besar…memfitnah org xbrsalah apa hukumnya dlm islam? ada tau ke
hullabaloobard // July 1, 2008 at 7:33 pm
ape la mikel ni….kan saya kata saya memberi pendapat saya tentang situasi politik masa itu sahaja,
Apa kata anda memberi pendapat anda….
Kenapa anda mendakwa pemberi komen dan saya penipu….x cukup ilmu agama….
Kami x kata kami bagus ….kami cuma beri pendapat kami sahaja….
Adakah anda terasa….anda penyokong anwar? kalau ya apa salahnya anda menyatakan pendapat anda….
Darimula lagi saya katakan ini bukan blog penyokong mana-mana pihak….terpulanglah kepada pengunjung untuk berfikir dan tanya pada diri mereka pihakmana yang benar….adakah pandangan mereka selama ini betul….
Setiap orangboleh memberi pendapat yang berlainan….
berus jamban // July 2, 2008 at 1:47 am
ya aku tidak tahu mengenai politik……..
aku tidak mengambil jurusan sains politik….begitu malangnya aku……minta maaf ya……..
md // July 2, 2008 at 9:32 am
ya kalau disuruh pilih umno dan pkr tu bukan lah pilihan yang terbaik. jauh sekali dap. tapi PAS aku tak berani tolak kerana dasar perjuangannya adalah ISLAM.
Kita sebenarnya keliru antara tdm dengan dsai. memang tdm nampaknya seolah-olah dibenci oleh yahudi dan usa kerana dia banyak menentang pendapat dan kehendak mereka. TAPI itu bukan soalnya. rakyat seperti kita menilai tdm itu dari segi pentadbirannya. apalah gunanya menentang yahudi dan usa seolah-olah kita adalah pemimpin islam yang agung tapi negara kita tidak mempraktikkan islam seperti yang disaran oleh nabi kita. MUNGKIN tdm terpaksa berlembut kepada kaum-kaum lain tapi sekurangnya dia hendaklah menerapkan nilai-nilai islam itu pada peringkat yang mudah baginya melaksanakan terlebih dahulu supaya apa yang ditunjukkan sama dengan apa yang dibuat. saya tidak nafikan bahawa tdm tidak melakukan 100% tapi benda kecik seperti suruh isteri pakai tudung pun tak boleh buat apalagi nak harap untuk menegakkan islam yang sumud di malaysia. huuh aku tak yakin.
Manakala dsai pula nampak seolah-olah bersahabat baik dengan yahudi dan usa. tapi disebalik itu dia seorang yang ada kesungguhan dalam memperjuangkan islam. dengan kata-katanya yang menarik yang disemat dengan hadis dan quran disamping tidak menolak perjuang islam malah seperti menggalakkan orang mempraktikkan islam itu secara menyeluruh. sebab itu dia mempunyai banyak pengaruh. lebih-lebih lagi ketika ini dimana kebanyakan kita yang terdidik di zaman tdm yang merasa kehausan bimbingan islam pasti berusaha untuk mendekatinya. TAPI itu orang politik, kita hanya menilai mereka dari luar gelanggang apa yang kita lihat tidak semestinya benar. rasuah, liwat, pecah amanah dan sebagainya mungkin ada berlaku . Itu kita kena buktikan, saya tak tahu dan tanggungjawab orang Islam tak boleh menuduh dengan tiada bukti. Tapi pkr ni hebat semasa ada dsai ja pada pandangan saya.
Apa pun umno ni nampaknya lebih lebih mengutamakan MELAYU dalam penyatuannya. Tapi PAS pula lebih mengutamakan ISLAM dalam penyatuannya. Umno kata hendaklah kita bersatu atas nama kita anak melayu. PAS kata hendaklah kita bersatu atas nama Islam. Saya kata, saya ikut apa yang nabi saya kata, apa yang nabi buat dan segalanya yang nabi praktikkan. Itulah saya yang dikatakan seorang ISLAM.
beesya // July 2, 2008 at 12:50 pm
wutever it is..AI is a drama king..xabis2 merencanekan program untuk kepentingan diri dia.sudah2 la tu..rakyat da xmo tgk lagi another sodomy issue(like wtf lahh kan).
bagi saya,UMNO dan PAS masing2 ade kelemahan sendiri.walaupon saya lebih menyokong UMNO drpd PAS,tetapi ternyata ahli-ahli UMNO sendiri membangsatkan diri mereka.dengan kes2 pembunuhan yang sudah terang lagi bersuluh lahh kan! no offense!
berus jamban // July 3, 2008 at 11:17 am
pernah selidik bagaimana US boleh memporak-perandakan Iran sebelum mereka menyerang?
Halima // July 17, 2008 at 9:31 pm
Web site ini memang pro Anwar
………..UMNO ada sebar pengakuan Sukma
yang di rakam secara rahsia
kenapa tak siar
Ini berat sebelah
Leave a Comment